
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera
Buat julung kalinya semenjak penubuhan Pertubuhan Poligami Harmoni Malaysia, satu program Family Day HARMONI bakal diadakan pada bulan September 2024 nanti.
TERBUKA KEPADA SEMUA (POLIGAMI, MONOGAMI, JANDA @ DUDA, BUJANG)
Ayuh kita eratkan lagi ukhuwah sesama keluarga kita. Malah ada antara kita.. Yang belum kenal satu sama lain..
Oleh itu.. Ayuh kita berjumpa secara berdepan.. Kita duduk minum-minum sambil makan bersama keluarga.. Kita berbual & bersukaneka.. Kita eratkan silaturrahim. Tujuannya.. Untuk kenal.. Untuk kuatkan ikatan ukhwah sesama kita..
Oleh itu.. Ayuh kita berjumpa secara berdepan.. Kita duduk minum-minum sambil makan bersama keluarga.. Kita berbual & bersukaneka.. Kita eratkan silaturrahim. Tujuannya.. Untuk kenal.. Untuk kuatkan ikatan ukhwah sesama kita..
InsyaAllah program kali ke-2 ini akan diadakan pada ketetapan di bawah
Tarikh : 7 September 2024
Hari : Sabtu
Hari : Sabtu
Lokasi : Laman Archery B29,
Bandar Tasik Puteri Rawang
Moga pertemuan kita ini, Allah pandang dengan pandangan rahmat dan kasih sayang..
Hingga akhirnya nanti.. Kita bukan sahaja dapat bersatu di sini sahaja.. Seterusnya nanti... Di dunia yang kekal abadi...
Pelbagai
aktiviti dirancang seperti sukaneka bersama keluarga, permainan kanak-kanak dan bermacam lagi.
BERAPA YURAN PENYERTAAN UNTUK SAYA SERTAI FAMILY DAY HARMONI?
Caj minima dikenakan sebagai yuran komitmen bagi memastikan kehadiran, urusan penyediaan makanan dan aktiviti yang yang akan dijalankan.
JUMLAH KEHADIRAN KELUARGA | KATEGORI | YURAN PENYERTAAN |
1 orang | DEWASA (15tahun & ke atas) | RM 15 / orang |
1 orang | KANAK-KANAK (3tahun-14tahun) | RM 7 / orang |
7 orang dan ke atas | DEWASA & KANAK-KANAK | RM 80 / keluarga |
BAGAIMANA DENGAN URUSAN PENGANGKUTAN & PENGINAPAN KE LOKASI FAMILY DAY HARMONI?
Urusan pengangkutan dan penginapan atas tanggungjawab anda sendiri. Hanya makanan dan minuman disediakan pihak penganjur.
ATURCARA PROGRAM
Berikut merupakan aturcara program yang direncanakan untuk anda semua.
SABTU : 7 September 2024
MASA | AKTIVITI |
09:30 | Pendaftaran Peserta |
10:30 | Sukaneka |
12:30 | Makan Tengahari |
13:30 | Solat Zuhur Berjemaah |
14:00 | AKTIVITI BERMODUL |
16:00 | Minum Petang |
17:00 | Solat Asar Berjemaah |
17:30 | Belahan Jiwa Keluarga Harmoni |
18:00 | Penyampaian Hadiah |
19:00 | Bersurai |
Tunggu dahulu!!!!!
Istimewa untuk peserta yang perlukan bimbingan khas dari Coach terlatih HARMONI selama 2 jam secara fizikal. Slot bicara malam (Hati ke Hati) disediakan khas untuk anda
SLOT KHAS - BERBAYAR RM20/DEWASA
(BICARA MALAM, HATI KE HATI)
MASA | AKTIVITI |
20:30 | Pembahagian Kumpulan |
20:45 | Aktiviti Bermula |
23:00 | Bersurai |
Semoga Allah merahmati usaha baik kita ini dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita semua.
ERATKAN UKHUWAH, MANTAPKAN AKTIVISMA
Jelas berkaitan perjalanan Family Day Harmoni?
Jika ya, silakan mendaftar melalui borang di bawah. Selepas mendaftar, anda akan dimasukkan ke dalam grup peserta yangtelah mengesahkan kehadiran ke FAMILY DAY HARMONI 2024.